Pendengaran prmohonan pihak pembelaan untuk menggugurkan Datuk Sri Gopal Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendkawaan dalam perbicaraan kes pindaan laporan akhir pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditetapkan pada 7 Ogos depan.
Hakim Mahkamah Tinggi, Mohamed Zaini Mazlan turut menolak permohonan pasukan pembelaan untuk untuk menangguhkan perbicaraan kes pindaan laporan audit laporan 1MDB sementara selesai prosiding penyingkiran Gopal Sri Ram.
Mohamed Zaini hanya membenarkan penangguhan selama sehari supaya peguam bela, Datuk Seri Shafee Abdullan dan pembantunya, peguam Rahman Hazlan dapat melakukan ujian covid-19 selepas menunjukkan beberapa simptom.
Terdahulu permohonan itu yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak turut disokong afidavit bekas Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.
Shafee berkata permohonan untuk menyingkirkan Sri Ram daripada pasukan pendakwaan berdasarkan afidavit itu perlu didengar sebelum perbicaraan boleh diteruskan.
Najib mempertahankan tindakan itu dengan alasan Sri Ram sebagai ‘berat sebelah’ dan akan mempengaruhi ketelusan proses perbicaraan.
“Kami ada afidavit oleh bekas peguam negara. Berdasarkan asas dan andaian ini, sekiranya benar jadinya ia akan menjadi penting dan isu kelayakan perlulah diputuskan dengan kadar segera,” ujarnya.
Pendakwaan juga memohon tempoh 3 minggu bagi memberikan mereka masa untuk menjawab kembali permohonan yang dikemukakan oleh pembelaan.