Pendedahan ‘Tangkap Najib’, Apandi Fail Afidavit Terhadap Sri Ram

Selepas membuat pendedahan berkenaan usaha menangkap Datuk Seri Najib Razak sehingga mengejutkan ramai pihak, Tan Sri Apandi Ali mengemukakan afidavit terhadap pendakwaraya khas, Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Menerusi tuntutan tersebut, Apandi mengulangi tuduhan yang sama terhadap Sri Ram sebagaimana yang dimuatnaik di Facebooknya, 10 Jun lalu.

Pendedahan Apandi tempoh hari mengejutkan ramai pihak apabila memberitau Sri Ram berkunjung ke rumahnya untuk memujuk dirinya menangkap Najib pada 2018, beberapa bulan sebelum PRU14 berlangsung.

Sri Ram berkata, tindakan menangkap Najib sebagai Perdana Menteri ketika itu, akan membolehkan Apandi dijulang sebagai ‘wira di mata rakyat’ dan ‘peguam pertama yang menangkap perdana menteri’ yang mana ketika itu Najib didakwa atas beberapa kes seperti 1MDB, kes International Petroleum Investment Company (IPIC) dan kes SRC International.

BBerkaitan

Latest articles