Pemuda Umno Tolak Cadangan Caj Urus Niaga Atas Talian

Pemuda Umno membantah cadangan untuk mengenakan caj perkhidmatan 20 sen untuk setiap urus niaga atas talian dengan menyifatkan langkah itu sebagai tidak wajar.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata kerajaan sepatutnya memberi tumpuan bagaimana hendak menggalakkan rakyat menggunakan urusan jual beli di atas talian.

Asyraf menambah langkah itu pastinya membebankan rakyat apatah lagi ketika pandemik Covid-19 masih belum berakhir dan rata-rata rakyat masih terkesan dari segi ekonomi.

Reaksi itu menyusul selepas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada semalam bercadang mengenakan caj perkhidmatan 20 sen bagi pembelian di bawah RM1,000 melalui platform dalam talian.

Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, perkara itu sebagai langkah supaya dapat menambah kewangan atau mengumpul dana khas bagi membantu golongan B40 termasuk menambah baik pembangunan komunikasi di luar bandar.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini