Pemuda UMNO Seluruh Negara Himpun Sokongan Untuk Dr Akmal Di Mahkamah

BUKIT MERTAJAM: Pergerakan Pemuda UMNO dari seluruh negara dijangka berhimpun di Mahkamah Bukit Mertajam pada Jumaat ini bagi menyatakan solidariti terhadap Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Dr Muhamad Akmal Saleh, yang bakal didakwa mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan.

Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Mohd Hilmi Elias berkata, kehadiran wakil Pemuda dari semua negeri adalah simbol kebersamaan dan sokongan penuh terhadap perjuangan Dr Muhamad Akmal yang disifatkan konsisten memperjuangkan isu rakyat.

“Kami akan berkumpul seawal jam 8 pagi, 22 Ogos ini, di Mahkamah Bukit Mertajam. Kehadiran ini bukan sekadar sokongan moral, tetapi juga manifestasi semangat juang Pemuda UMNO dalam mempertahankan prinsip keadilan serta kebenaran,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau turut mengajak orang ramai, khususnya rakyat Pulau Pinang, untuk hadir memberikan sokongan moral kepada Dr Muhamad Akmal.

Semalam, Jabatan Peguam Negara (AGC) mengesahkan Ketua Pemuda UMNO itu bersama tiga individu lain akan berdepan pertuduhan berhubung kenyataan di media sosial yang didakwa menggugat ketenteraman awam.

Sementara itu, Dr Muhamad Akmal menerusi hantaran di Facebook mendedahkan beliau kini berada di Mekah bagi menunaikan umrah, namun akan memendekkan ibadahnya demi hadir di mahkamah.

“Saya akan pulang untuk menghadapi pertuduhan di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam pada Jumaat, jam 8 pagi,” tulisnya.

BBerkaitan

Latest articles