Pemuda Bersatu Mahu SPRM Siasat Guan Eng

 

Pemuda Bersatu mendesak siasatan ke atas bekas menteri kewangan, Lim Guan Eng berhubung akaun bank seorang ahli perniagaan yang dibekukan dalam siasatan pengubahan wang atas dana yang dikaitkan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Memetik laporan FMT, Ketua Pemuda Berstau Putrajaya Haris Faizal berkata setiap bahagian akan membyar laporan polis berdasarkan laporan daripada portal berita berkenaan yang disiarkan semalam, selain akan menyerahkan satu laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada tengah hari ini.

Mereka juga akan menggerakkan kempen seluruh negara.

Terdahulu, Guan Eng didakwa meminta Jabatan Perguam Negara membatalkan arahan pembekuan beberapa akaun bank seorang ahli perniagaan yang dikaitkan dalam siasatan kes 1MDB.

Guan Eng ketika mengulas laporan itu berkata; “Kes di luar bidang kuasa saya dirujuk kepada pihak berkuasa berkaitan. Pihak berkuasa berkaitan yang mempunyai kuasa untuk bertindak,” demikian memetik Malaysiakini.

Dalam pada itu SPRM memaklumkan akaun bank ahli perniagaan berkenaan telah dilepaskan atas arahan peguam negara ketika itu.

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini