Pemimpin UMNO-BN tidak akan letak jawatan Menteri kabinet, GLC sehingga Ogos

Sekalipun UMNO telah membuat keputusan memutuskan kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam PRU ke15 dan memberikan arahan kepada Menterinya meletak jawatan kabinet bila-bila masa diarahkan percayalah semua itu tidak akan berlaku dengan mudah.

Pemimpin UMNO sama ada yang menyokong Presiden atau yang pro PPBM nampaknya terus berbalah sesama sendiri. Mereka saling cabar-mencabar untuk acah-acah letak jawatan.

Tan Sri Annuar Musa misalnya berkata tidak wajar mencabar letak jawatan demi rakyat, KJ pula mahu pemilihan UMNO disegerakan, Shahril Hamdan pula berkata meletak jawatan bagus untuk UMNO tetapi buruk untuk rakyat, Dr Asyraf Ketua Pemuda pula berkata letak jawatan kabinet tu baru pemilihan parti.

Semua saling mencabar. Belum dikira kedudukan kerajaan negeri seperti Johor, Perak, Melaka dan juga Sabah. Sabah nampaknya kelihatan kukuh kekal dengan GRS bersama PPBM.Ketika tiada kuasa semua merintih, ketika ada kuasa semua saling berebut malah menindas rakan-rakan tidak berjawatan.

PN dikatakan berada dihujung tanduk. Persoalannya beranikah Pemimpin UMNO meletak jawatan kabinet juga GLC?

Jawapannya tidak!

Jika pemimpin UMNO meletak jawatan kabinet bermakna pemimpin bawahan daripada Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK), Ketua Kampung, pemaju mukim hinggalah apa jawatan pun perlu meletak jawatan. Ramai kehilangan kerja lagi. Rakyat juga yang lebih merana.

Oleh itu saranan Ketua Penerangan UMNO Shahril Sufian Hamdan wajar difikirkan juga.

“Adakah dengan tarik diri sekarang adalah yang terbaik? Itu kena dibincangkan. Mungkin benda itu kita rasa terbaik untuk Umno tapi ada kesannya kepada rakyat.

“Jadi Umno kena juga memikirkan perkara itu dan saya yakin itu akan dipertimbangkan,” katanya.

Ditemui pemberita selepas menjadi ahli panel pada Forum Demokrasi Malaysia: “Merangka Masa Depan Demokrasi Parlimen di Malaysia’, di Kuala Lumpur hari ini, Shahril Sufian berkata tiada sebarang tempoh tertentu diberikan kepada mereka yang memegang jawatan untuk melepaskan jawatan mereka.

“Ogos itu antara satu tarikh yang disebut oleh seorang jurubahas (perwakilan) negeri dan logiknya kerana Ogos dijadualkan darurat tamat.

“Tapi hak atau pun keputusan Majlis Tertinggi (MT) dan presiden tidak terikat kepada satu tarikh sahaja. Boleh jadi Ogos boleh jadi bukan Ogos,” katanya.

Apa yang pasti peletakan jawatan menteri dan timbalan menteri Umno daripada kabinet kerajaan tidak akan menjejaskan komposisi Dewan Rakyat, tetapi ia mungkin memberi kesan besar kepada PN.

Kedudukan BN-UMNO dalam Kerajaan PN

Jika diteliti kedudukan BN ada 11 menteri, sembilan timbalan menteri. Bermakna UMNO- BN ada 20 menteri dan timbalan dalam Kabinet (anggota pentadbiran). Kelihatannya  lebih besar daripada PPBM, Pas, dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sekalipun jawatan Menteri Kanan disapu oleh PPBM.

Kedudukan GLC/Agensi

UMNO-BN – 15 CEO GLC
PPBM – 3
PAS – 5
GPS – 1
PPB –  1

Mereka ialah;

Ahli Parlimen Jelebu (UMNO) Dato Jalaluddin Alias – Pengerusi UDA Holding

Ahli Parlimen Gerik (UMNO) Dato Hasbullah Osman – Pengerusi Syarikat Perumahan Negara Berhad

Ahli Paarlimen Cameron Highlands (UMNO)  Dato Ramli – Pengerusi Amanah Raya Berhad

Ahli Parlimen Padang Terap (UMNO) Datuk Seri Mahdzir Khalid – Pengerusi TNB

Ahli Parlimen Pasir Salak (UMNO) – Datuk Seri Tajudin Abd Rahman – Pengerusi Kumpulan Prasarana

Datuk Seri Mah Hang Soon (MCA) – Timbalan Menteri Pendidikan

Dauk Chong Sin Woon (MCA) PRU14 kalah di Parlimen Seremban – Pengerusi Lembaga Pelabuhan Kelang.

Datuk Tan Teik Cheng (MCA) kalah dalam PRU14 di DUN Machang Bubok) – Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang

Datuk Koh Chin Han (MCA) – Bekas Calon DUN Bemban – Pengerusi Pelabuhan Melaka.

Ahli Parlimen Betong (PPB) – Datuk Robert Lawson Chuat Vincent Entering – Pengerusi Lembaga Pelabuhan Bintulu.

Ahli Parlimen Beaufort (Bersatu) – Datuk Azizah Mohd Dun – Pengerusi MARA

Ahli Parlimen Bachok (Pas) – Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz – Pengerusi Kesedar

Ahli Parlimen Jempol (UMNO) – Datuk Salim Sharif – Pengerusi RISDA

ADUN Permas (Bersatu) – Che Zakaria Mohd Salleh – Pengerusi Kejora.

Senator Razali Idris – Pengerusi Ketengah.

Ahli Parlimen Bukit Gantang (Bebas)s – Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal – Pengerusi LKIM.

Ahli Parlimen Machang (UMNO) – Datuk Ahmad Jazlan Yaakub – Pengerusi MPOB

Ahli Parlimen Pasir Putih (Pas) – Dr. Nik Muhammad Zawawi Haji Salleh – Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang.

Ahli Paarlimen Jerantut (UMNO)  Datuk Ahmad Nazlan Idris – Pengerusi Lembaga Getah Malaysia

Naib Presiden UMNO – Bekas calon Parlimen Pasir Gudang PRU14 – Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin – Pengerusi Boustead Holding Berhad.

Ahli Parlimen Pasir Mas (Pas) Ahmad Fadhli Shaari – Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran.

Ahli Parlimen Sibuti (PBB) – Lukanisman Awang Sauni – Pengerusi SEDA

Ahli Parlimen Kimanis (UMNO) – Datuk Mohamad Alamin – Pengerusi

Ahli Parlimen Tanjung Manis (GPS) – Datuk Yusuf Abdul Wahab – Pengerusi CIDB

Ahli Parlimen Dungun (Pas) – Wan Hassan Mohd Ramli – Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).

Ahli Parlimen Sabak Bernam (Bersatu) – Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh – Pengerusi FAMA.

Bekas Ketua Pemuda MIC Datuk Nelson Renganathan – Pengerusi Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF).

Ahli Parlimen Setiu (Pas)  Tuan Shaharizukirnain Abdul Kadir – Pengerusi TEKUN

Ahli Parlimen Hulu Rajang (GPS)  Datuk Wilson Ugak Kumbong – Pengerusi National Institute of Occupational Safety and Health (Niosh)

Jika pemimpin UMNO-BN ramai meletak jawatan tempiasnya juga besar kepada pemimpin kampung.

PRU15 adalah jalan terbaik menyelesaikan krisis sekarang namun halangan terbesar adalah pandemik Covid-19 dan juga perintah darurat sekarang yang akan tamat Ogos ini.

 

BBerkaitan

Latest articles