Pemimpin UMNO, BN Bermesyuarat Bersama Ahmad Zahid Mengenai PRN Johor

JOHOR BAHRU: Beberapa pemimpin utama Barisan Nasional (BN) dan UMNO menghadiri Majlis Perjumpaan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pagi ini, dipercayai bagi memuktamadkan pengagihan kerusi bakal ditandingi BN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO tiba di Bangunan UMNO Johor kira-kira jam 11 pagi tadi, bersama Timbalan Pengerusi BN merangkap Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan.

Turut kelihatan adalah Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan; dan Ketua Penerangan BN, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah.

Pimpinan UMNO Johor pula adalah

Pengerusinya, Datuk Hasni Mohammad; Timbalan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed; Setiausaha MCA Johor, Ng Keng Heng; dan Ketua Pemuda MIC, K Raven.

Perjumpaan hari ini dipercayai membincangkan soal pengagihan kerusi yang akan ditandingi parti komponen BN pada PRN tidak lama lagi.

UMNO, pada baru-baru ini memaklumkan ia mahu bertanding sekurang-kurang 42 daripada keseluruhan 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor pada PRN kali ini.

Jumlah itu bagaimanapun, belum mengambil kira kerusi DUN bagi parti komponen BN.

BBerkaitan

Latest articles