Pemimpin PN Kata Pendakwaan Terhadap Sanusi Bersifat Politik, Sempena PRN

KUALA LUMPUR: Selain cuba melumpuhkan kerajaan negeri Kedah, seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) mendakwa pendakwaan yang dikenakan terhadap Pengarah Pilihanrayanya, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor disengajakan apatah lagi dengam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Hashim bagaimanapun berkata apa yang dihadapi Muhammad Sanusi pada ketika ini akan dijadikan iktibar oleh seluruh pemimpin gabungan itu.

“Isu ini kita lihat satu isu yang sedang dimula dengan satu kenyataan kemudian dimainkan menjadi satu perkara yang besar.

“Kita serah kepada proses undang-undang, tidak ada masalah cuma kita nak bagi sokongan solidariti di atas pentas politik yang kita tengah hadapi PRN enam negeri ini yang jadi klimaks. Kita tengok sekarang di Kedah punca kepada ini disebabkan oleh PRN.

“Benda sudah terlajak dan ini mungkin pengajaran buat masa depan untuk semua bukan untuk Sanusi sahaja.

“Saya tidak sempat berbicara dengan Sanusi hari ini sebab semalam kami bermesyuarat perkara lain bukan isu ini,” katanya yang ditemui di luar Mahkamah Selayang bagi menyatakan sokongan terhadap Menteri Besar Kedah itu yang ditahan dan dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan.

Mengulas lanjut, Awang mendakwa sudah menjadi kebiasaan prmimpin PAS diheret ke mahkamah.

“Ini proses undang-undang, bukan kali pertama yang kita hadapi daripada dahulu lagi sehingga ada yang terkorban.

“Ini bukan masalah kawal mulut atau apa. Tidak ada apa bila kita bertemu dalam pentas politik selesai cara politik. Ini biasa dulu PMX sebelum jadi PM dan Ketua Pembangkang pun sama.

“Dia sudah minta maaf, tapi bila tekanan yang kita tengok sepatutnya Menteri Undang-undang boleh buat kerja KDN, Menteri KDN buat kerja Menteri Undang-undang, semua ini hanya proses.

“Kalau kita tengok dahulu pun PMX pernah ditarik balik pingat dia,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles