“Pemimpin Bogel”: Adakah Tun M Yang Ludah Ke Langit?

KUALA LUMPUR: Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii mengkritik bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad susulan perumpamaan melampau ‘pemimpin bogel’ yang ditujukan kepada Datuk Seri Najib Razak.

Dalam satu hantaran di Facebook, Mohd Razlan membangkitkan tindakan Dr Mahathir dan sekutunya ketika pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu, dimana mereka membebaskan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Siapakah yang Tun M sebenar-benarnya maksudkan? Adakah beliau sudah terlupa bahawa Perjanjian Beliau dengan Anwar Ibrahim (Bekas Banduan) sebanyak dua kali yang beliau maksudkan itu?

“Yang melepaskan banduan dari penjara adalah Tun Mahathir bersama-sama dengan Muhyddin, Lim Guan Eng, Mat Sabu dan Azmin Ali, mereka semua ini terlibat sama melepaskan banduan dari Penjara Kajang, dan Banduan ini akan diangkat oleh PH sebagai Perdana Menteri mereka,” tulisnya.

Lebih lanjut, Mohd Razlan menyifatkan tindakan Dr Mahathir tidak ubah seperti meludah ke langit, apatah lagi Anwar, yang merupakan seteru Ahli Parlimen Langkawi itu sejak sekian lamanya ketika dirinya memimpin negara pada tahun 1998.

“Bayangan yang Tun M lakukan ini tidak ubah seperti meludah ke langit, adakah Malaysia akan mendapat pemimpin bogel ini seperti yang dimaksudkan oleh Tun M.

“Malaysia bernasib baik kerana PH tidak memerintah selama satu penggal, sekiranya ia berlaku, dan mengikut perumpamaan Tun M, Malaysia akan mendapat pemimpin bogel PH.

“Sudah terang lagi bersuluh apa yang mahu dilakukan oleh Tun M dan rakan-rakan mereka, sekadar menabur hasutan hasad dengki, berpolitik bukan mahu membela rakyat, tetapi semata-mata bercakap untuk meletakan kebencian terhadap perbuatan mereka sendiri,” ujarnya.

Terdahulu, selepas pelancaran manifesto Pejuang di Putrajaya, hari ini, Dr Mahathir mendakwa Najib telah membawa “budaya tidak malu” melalui slogannya Malu Apa Bosku.

Secara sinis, Dr Mahathir memberikan contoh ekstrim pemimpin negara berbogel dan kencing di khalayak awam ketika kawad hormat ketika sambutan rasmi pemimpin asing.

Dakwa Dr Mahathir lagi, Pejuang ingin membanteras “budaya tidak malu” yang kononnya dibawa oleh Najib.

BBerkaitan

Latest articles