Umno akan mempertimbangkan keahlian bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak berdasarkan keputusan rayuan yang akan dikemukakan kelak.
Bendaharinya, Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata parti masih mempunyai masa untuk menilai dan menunggi keputusan rayuan kes berkenaan.
Isu keahlian Najib menjadi tumpuan selepas Ahli Parlimen Pekan itu didapati bersalah terhadap kesemua tujuh pertuduhan penyelewangan dana SRC International yang berjumlah RM42 juta.
“Dia (Najib) belum lagi bersalah. Kalau jatuh bersalah (di peringkat rayuan), kita akan keluarkan dia daripada parti.
“Sekarang, masih dalam peringkat rayuan. Kita akan tentukan keputusan untuk Najib (lucut keahlian) selepas didapati bersalah,” katanya memetik laporan Utusan Malaysia Online.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Rabu lalu dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap kesemua pertuduhan salah guna kuasa, rasuah dan pengubahan wang haram.
Najib bagaimanapun memohon untuk hukuman itu ditangguhkan untuk membolehkan pihaknya mengemukakan rayuan.