Pemecatan Isham Tak Perlu Melalui Jawatankuasa Disiplin UMNO

KUALA LUMPUR: Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menegaskan pemecatan bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Isham Jalil pada malam Rabu lalu adalah muktamad.

Beliau juga memaklumkan pemecatan Isham yang dibuat dan dimuktamadkan oleh MKT itu tidak perlu melalui siasatan Jawatankuasa Disiplin parti.

“Ini kerana Jawatankuasa Disiplin juga masih perlu merujuk kepada MKT yang pada akhirnya membuat keputusan itu (pemecatan).

“Jadi, apa yang diputuskan (pemecatan Isham Jalil) oleh Majlis Kerja Tertinggi UMNO adalah keputusan muktamad,” katanya selepas melancarkan Sistem Dokumen Kelayakan Disahkan Digital Rentas Sempadan, hari ini.

Terdahulu, Isham dalam reaksinya terhadap pemecatan beliau memberitahu tidak akan membuat rayuan kepada pimpinan tertinggi parti.

Sementara itu Ahmad Zahid juga ditanya tindakan ke atas Isham merupakan amaran kepada ahli parti yang mengkritik UMNO dan kepimpinan, Ahmad Zahid berkata, tindakan sedemikian tidak membawa kepada pertimbangan tindakan disiplin.

“Tetapi apabila menghina parti sendiri dan mengecil-ngecilkan UMNO sebagai sebuah parti yang dianggotainya, ia bererti tindakan yang dilakukan oleh MKT supaya tidak ada sebarang usaha tikus memperbaiki labu ini dalam UMNO itu sendiri tidak berulang lagi,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles