More

    Pembukaan Sempadan Negara Tertakluk Kepada Penilaian Risiko Jangkitan Oleh KKM

    KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pembukaan sempadan negara adalah berdasarkan penilaian risiko jangkitan COVID-19 berhubung yang akan dibuat Kementerian Kesihatan (KKM). 

    Ini termasuklah melihat kepada perkembangan semasa situasi COVID-19 dari negara asal pengembara sebelum membenarkan mereka masuk ke dalam negara.

    “Kemasukan warganegara dan warga asing seperti pelajar, diplomat, golongan professional serta pelabur asing telahpun mula dibenarkan bermula pada Jun 2020 semasa Fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan ketika itu. 

    “Walau bagaimanapun, kebenaran masuk ini adalah tertakluk kepada SOP dan syarat-syarat yang telah ditetapkan termasuklah keperluan menjalani kuarantin wajib di pusat-pusat kuarantin yang telah disediakan,” katanya di Dewan Negara, hari ini, sebagai menjawab soalan yang dikemukakan ahli Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris.

    Terdahulu Razali bertanyakan kewajaran SOP kerajaan dalam membenarkan  pengembara tempatan dan warga asing yang lengkap dua dos vaksin yang pulang atau tiba dari luar negara, menjalani kuarantin wajib  di rumah sahaja.

    Mengulas lebih lanjut, Ismail Sabri berkata, kebenaran masuk ini tertakluk kepada syarat yang ditetapkan termasuklah keperluan menjalani kuarantin wajib di pusat kuarantin disediakan.

    “Di bawah Pelan Pemulihan Negara, kerajaan sentiasa menambah baik SOP berkaitan perkara ini dan bermula 12 Ogos lalu, pengembara warganegara dan bukan warganegara yang telah menerima imunisasi lengkap boleh membuat permohonan menjalani kuarantin wajib di rumah atau tempat kediaman.

    “Namun, kebenaran ini hanya boleh diberikan tertakluk kepada penilaian risiko oleh KKM dan pemohon masih perlu menjalani ujian saringan COVID-19 sebelum diberikan kebenaran berkenaan,” katanya.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini