Pembelaan Mohon Keseluruhan Kes Dikaji Semula Ekoran Saksi Utama Kemukakan SD Dan Laporan Polis Baharu

Kuala Lumpur — Perbicaraan kes melibatkan bekas Ahli Lembaga Pengarah Revenue Group, Ng Shih Chiow, 53, yang berdepan 12 pertuduhan pemalsuan dokumen dengan tujuan menipu syarikat bernilai RM13 juta antara tahun 2020 hingga 2022, ditangguhkan sehingga 25 November. Penangguhan ini dibuat susulan percanggahan berkenaan kenyataan saksi utama dalam kes tersebut.

Peguam, Tan Sri Dzulkifli Ahmad, yang mewakili Ng, mengemukakan permohonan kepada mahkamah untuk mengkaji semula keseluruhan kes selepas saksi utama, Cheng Choon Choon, 53, menolak kenyataan saksi bertulis yang telah ditandatanganinya sebelum ini. Cheng menyatakan beliau tidak fasih berbahasa Melayu, meskipun kenyataan itu ditulis dalam bahasa Melayu.

Saksi utama pendakwaan, Cheng Choon Choon 53 hari ini melampirkan satu kenyataan bersumpah dan laporan polis baharu kepada mahkamah melalui peguam pemerhati yang mewakili dirinya

Dzulkifli berhujah bahawa keterangan Cheng adalah asas kepada pertuduhan dan percanggahan ini memberi kesan langsung terhadap kes. Beliau mencadangkan agar pihak pendakwaan dan saksi mengadakan perbincangan lanjut bagi menyelesaikan isu ini.

Percanggahan timbul apabila Peguam Pemerhati, Davey Wan, menjelaskan kepada mahkamah bahawa kenyataan saksi dalam bahasa Melayu itu tidak disediakan oleh Cheng sendiri dan turut megemukakan satu Salinan akuan bersumpah serta aporan polis baharu dan turut meminta kenyataan saksi dibuat di dalam Bahasa inggeris dan jurubahasa kerana beliau kurang fasih berbahasa Melayu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwaraya, Aznika Mohd Anas, memaklumkan kepada mahkamah bahawa kenyataan saksi disediakan dan ditandatangani oleh Cheng sendiri,

Pasukan Pembelaan yang diketuai oleh Amer Hamzah Arshad dan Tan Sri Dzulkifli

Berikutan itu Dzulkifli mencadangkan kepada mahkamah supaya pihak pendakwaan dan saksi mengadakan perbincangan dan mahkamah kemudian mengarahkan pihak pendakwaan berbincang mengenainya.

Aznika turut memohon masa untuk mengemukakan semula kenyataan saksi dalam bahasa Inggeris, sementara pihak pembelaan yang diwakili Peguam Amir Hamzah Arshad memohon masa untuk meneliti akuan bersumpah dan laporan polis yang dikemukakan.

Hakim Rosli Ahmad kemudian menangguhkan perbicaraan sehingga 25 November bagi memberi ruang kepada pihak pendakwaan dan pembelaan untuk menyelesaikan isu kenyataan saksi serta perkembangan kes terbaru ini.

BBerkaitan

Latest articles