Pembedahan Bariatic : Peluang kedua untuk mendapatkan kehidupan dengan kesihatan yang baik

Kuala Lumpur : Pembedahan bariatrik bukan sahaja berjaya membantu mereka mengurangkan berat badan dan memberikan mereka lebih keyakinan dalam menjalankan tugas harian mereka, tetapi telah merawat masalah kencing manis dan darah tinggi yang mereka hadapi selama bertahun-tahun.

Pakar bedah Bariatic pusat perubatan CENGILD, Dr Mustafa Mohamed Taher berkata la juga telah membantu masalah tidur yang teruk, kemandulan, asma, serangan panik, kemurungan, sakit lutut, sakit belakang dan anti sosialisme.

Dr Mustafa merupakan Pakar bedah Gl dan Bariatrik yang telah melakukan lebih daripada 2000 pembedahan bariatrik di klinik swasta sepanjang tempoh 3 tahun yang lalu berkata kebanyakan pesakitnya sebelum ini mengalami masalah obesiti dan berat badan berlebihan yang menyebabkan pelbagai komplikasi kesihatan dan halangan kepada pelbagai aktiviti harian mereka.

Menurutnya daripada Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 2019, 50.1% daripada populasi dewasa kini dilaporkan mengalami berat badan berlebihan (30.4%) atau obes (19.7%).

Statistik ini sangat membimbangkan kerana obesiti adalah penyumbang utama kepada pelbagai penyakit berbahaya dan masalah Obesiti merupakan masalah yang lebih besar daripada covid-19 katanya ketika majlis Hi Tea bersama media bagi meraikan kejayaannya sebagai salah seorang pakar bedah bariatic di Asia Tenggara.

Dr Mustafa Mohamed ( Berdiri Tengah, Bersama Chef Bob ( Kiri) dan Penyanyi Lufya di majlis Hi-tea bersama Dr Mustafa di sebuah restoran Ampang

Seorang pesakit, chef bob yang sebelum ini mempunyai berat badan 200 kilogram, berkongsikan dengan media dengan keberkesanan rawatan yang telah diberikan Dr Mustafa.

Katanya beliau telah berada di atas kerusi roda selama 3 tahun dan telah tinggal
illazarov (menggunakan keluli untuk menyokong kakinya) kerana masalah obesiti yang teruk.

Walau bagaimanapun, beliau telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 130 kilogram dalam tempoh setahun selepas pembedahan dan dia kini dirinya telah berjaya menjalani kehidupan normal semula.

“ sekarang berat saya adalah 60 kilogram.

Menurtnya lagi, Cuma satu kita kena faham, bukan hari ini kita jalani pembedahan, esok sudah pakai kebaya, tetapi ianya memerlukan masa untuk mencapai berat yang ideal seperti sekarang.

“ 6 bulan pertama saya lakukan pembedahan, berat saya agak turun naik, dan selepas beberapa siri nasihat dan panduan yang diberikan, saya telah berjaya mencapai berat sekarang.

“ sekarang saya  boleh berjalan dan berlari dan hari ni juga saya boleh menaiki tangga.

“ jika dahulu saya agak malu sekiranya perlu hadir ke majlis yang perlu menggunakan anak tangga kerana tidak mahu menyusahkan orang lain, sekarang saya sudah boleh berjalan sendiri katanya.

jika anda berminat untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai kepakaran yang ditawarkan oleh Dr Mustafa, beliau boleh diikuti melalui laman instagramnya @dr.mustafamt

https://instagram.com/dr.mustafamt?utm_medium=copy_link

 

BBerkaitan

Latest articles