More

    Pembangkang Di Sarawak Rakus Kuasa Berbanding Fikir Kepentingan Rakyat

    KUALA LUMPUR: Gabungan Parti Sarawak (GPS) bertegas mereka adalah pilihan utama rakyat di negeri itu untuk terus mentadbir kerajaan negeri.

    Perkara itu disuarakan Ketua WhiP GPS, Datuk Seri Fadillah Yusof susulan pertelagahan berterusan antara Parti Sarawak Bersatu (PSB),  PKR Sarawak dan DAP.

    Ujarnya ketiga-tiga pihak berkenaan jelas menunjukkan sikap tamak kuasa, dan dalam masa yang sama tidak mengendahkan keperluan dan kepentingan rakyat Sarawak.

    Manakan tidak, kumpulan itu juga tidak ragu-ragu untuk menerima ‘katak’ politik yang terus melompat masuk dan keluar parti.

    “Mereka kerap berkelahi mengenai apa manfaat yang boleh mereka dapat dan bagaimana untuk berkongsi kekayaan dengan matlamat untuk menguasai Sarawak,” katanya dalam kenyataan seperti dilaporkan The Borneo Post.

    Reaksi Fadillah merujuk kenyataan Presiden PSB, Wong Soon Koh semalam yang menyelar Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen berhubung kenyataannya baru-baru ini bahawa Sarawak memerlukan pembangkang yang kuat di Dewan Undangan Negeri (DUN).

    Selain itu, pelbagai kenyataan turut dibuat oleh PKR terhadap DAP berhubung peruntukan kerusi DUN pada PRN akan datang.

    Fadillah berkata, sebab itulah GPS wajar menjadi pilihan rakyat Sarawak.

    Ini kerana GPS mempunyai rancangan dan matlamat yang jelas dalam tempoh kritikal COVID-19 ini, malah telah mula mengemudi Sarawak ke arah fasa pemulihan dan pembangunan lebih baik.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini