Pembahagian Kerusi Dengan Bersatu Agak Rumit, Kata Tok Mat

Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hasan membayangkan proses rundingan pembahagian kerusi antara Bersatu akan menjadi sukar.

Keadaan ini, ujarnya berbeza dalam rundingan pembahagian kerusi antara parti-parti komponen Barisan Nasional (BN) dan PAS.

“Dalam Umno sudah hampir selesai tetapi kita belum memutuskan dengan BN dan dengan PAS masih belum lagi berunding, masih ada masa lagi.

“Saya tidak nampak ada masalah dalam BN dan juga pembahagian kerusi dengan PAS tetapi kompleks nanti (pembahagian kerusi) dengan Bersatu,” katanya memetik laporan Sinar Harian.

Mohamad, yang mesra dipanggil Tok Mat bagaimanapun mengharapkan isu pembahagian kerusi ini dapat diselesaikan pada penghujung bulan ini.

Rundingan pembahagan kerusi Umno dan parti-parti rakan diketuai oleh Naib Presiden Umno, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Umno, PAS, dan Bersatu sebelum ini komited untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang sebagai satu gabungan untuk mengelak daripada bertembung antara satu sama lain.

Namun, hubungan antara ketiga-tiga pihak adalah rumit.

Bersatu menerajui gabungan Perikatan Nasional (PN) yang secara rasmi tidak termasuk Umno.

Sementara itu, Umno berada dalam pakatan rasmi Muafakat Nasional dengan PAS.

PAS secara rasmi adalah sebahagian daripada PN, sementara Umno mengetuai gabungan lain yang terdiri daripada BN dengan MCA, MIC, dan PBRS.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,873FollowersFollow
21,200SubscribersSubscribe

Terkini