More

    (PEMBACA) Ini Sebab Mengapa Pengundi PAS Pilih Undi BN Esok

    Saya telah mengundi 3 kali. 2008, 2013 dan 2018. Dalam 3 kali PRU ini, semua undi parlimen telah saya berikan kepada PAS.

    2008 dan 2013 saya beri kerana Pakatan Rakyat. Pada 2018, saya sudah mula cenderung kepada BN disebabkan polisi ekonomi DS Najib serta tindakan beliau menyantuni negeri pembangkang termasuk menyediakan peruntukan bagi ECRL, Lebuhraya CSR, kelulusan LPT3, kelulusan pembesaran Lapangan Terbang Pengkalan Chepa dan pelabuhan Tok Bali untuk Kelantan.

    Malah pada zaman beliaulah peruntukan pembangunan dan pengurusan air Kelantan mula diberikan di dalam RMK11

    Namun saya masih pangkah PAS pada ketika itu atas ijtihad bahawa negara ini memerlukan agen penstabil. Saya jangkakan ketika itu BN masih akan menang disebabkan perpecahan undi pembangkang.

    Tetapi dengan perubahan pakatan politik hari ini, maka ijtihad saya berubah sama. Dalam Fiqh Al Watan (Fiqh Kenegaraan), tiada yang lebih tinggi daripada kedaulatan negara kecuali syahadah. Kebijaksanaan ekonomi, integriti itu semua jatuh kat bawah.

    Kedaulatan ini termasuk di dalam hifz an nafs dalam maqasid syariah.

    Sebab itu Almarhum Syeikh Ramadhan Al Bouty menegah keras pemberontakan ke atas Presiden Hafiz Al Assad di Syria. Kerana pemberontakan ke atas kerajaan pada ketika itu akan menyebabkan kuasa luar memasuki negara mereka.

    Walhal Assad ni kalau bab korup, tak ada yang boleh lawan.

    Dalam isu kedaulatan, Pakatan Harapan awal-awal telah gagal. Mereka gagal dalam memelihara kewarganegaraan apabila menawarkan kerakyatan kepada warga asing dengan syarat longgar dalam manifesto mereka.

    Ia menyanggah dan menyentuh keselamatan negara secara tidak langsung.

    Itu belum termasuk rekod mereka dalam ICERD, Statut Rome, komik pro komunis, perubahan silibus buku sejarah yang semuanya melibatkan hal kedaulatan negara dan jatidiri manusia

    Bagi PN dan BN, tiada apa-apa tawaran dalam manifesto mereka yang menyentuh isu kedaulatan. Tetapi untuk PN, masalah berada pada sejarah calon PPBM

    Penyerahan kedaulatan Batu Putih pada 2018 berlaku apabila kabinet PH hanya ada 5 anggota pada ketika itu. Dan salah seorang daripadanya adalah Pengerusi PN hari ini

    Pembubaran pasukan khas polis STAFOC, STING dan STAGG yang sebelum 2018 hampir berjaya mengatasi isu gangsterisme, jenayah terancang dan narkotik juga dibubarkan pada zaman Pengerusi PN ini menjadi Menteri KDN

    Bagi isu ICERD dan Statut Rome, menteri yang bertanggungjawab hari ini adalah calon PN di Indera Mahkota. Calon ini juga sering terlibat dalam isu-isu kontroversi berkenaan hak asasi dan LGBT.

    Mengundi PN adalah sama dengan mengangkat kedua-dua individu ini dan sekutu mereka ke puncak kuasa semula

    Malah mengundi PN juga akan memberi risiko perpecahan undi dan boleh menyebabkan kembalinya PH mentadbir kerajaan

    Atas pertimbangan ini, maka saya tidak akan memilih PH atau PN pada pagi esok

    Saya InshaAllah akan pilih BN

    Inilah ijtihad saya

    —-

    Abdul Rahim Hilmi Zakariya
    Pengundi P035 Kuala Nerus

    Latest articles

    Related articles

    spot_img