Pemandu Ambulans Maut Tercampak, Tiga Wanita Cedera Dalam Nahas Di PLUS

KLUANG: Seorang pemandu ambulans maut manakala tiga wanita cedera selepas kenderaan yang membawa pesakit itu hilang kawalan sebelum terbabas di Kilometer 59.8 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Renggam, kira-kira jam 1.10 tengah hari, Selasa.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Simpang Renggam, Pegawai Bomba Kanan II M. Nasir A. Shah berkata, sepasukan enam anggota bersama sebuah jentera FRT dikerahkan ke lokasi sebaik menerima maklumat kejadian.

Setibanya di tempat kejadian, pasukan bomba mendapati ambulans tersebut terbabas sehingga menyebabkan empat mangsa terlibat, terdiri daripada pemandu lelaki, dua pembantu perubatan wanita dan seorang pesakit wanita.

Pemeriksaan mendapati pemandu serta penumpang hadapan tercampak keluar dari kenderaan, manakala dua lagi mangsa di bahagian belakang tidak tersepit.

Pasukan bomba kemudian mengalihkan semua mangsa ke kawasan selamat sebelum diserahkan kepada petugas perubatan untuk rawatan lanjut.

Pemandu ambulans berusia 43 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Operasi tamat pada jam 2.24 petang.

Sementara itu, Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Johor, Ling Tian Soon memaklumkan bahawa semua mangsa dibawa ke Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom (HEBHK), Kluang untuk menerima rawatan.

BBerkaitan

Latest articles