Pemandu 4×4 Langgar Pasangan Suami Isteri, Dua Anak Telah Ditahan

KUALA LUMPUR: Pemandu pacuan empat roda yang melanggar empat sekeluarga yang menunggang motosikal di Lebuhraya Besraya di persimpangan Puchong, semalam, telah ditahan.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh, kedua-dua pihak telah membuat laporan polis berhubung kejadian yang berlaku.

“Kami telah menahan pemandu Ford Ranger, seorang lelaki berusia 21 tahun untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kerana memandu secara melulu atau membahayakan,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, rakaman video dari papan pemuka sebuah kenderaan telah merakam satu kemalangan membabitkan dua kenderaan, dimana kenderaan pacuan empat roda itu masuk ke satu simpang secara mengejut dan melanggar empat beranak yang menaiki motor.

Kejadian yang menyebabkan penunggang motosikal dan anaknya cedera.

BBerkaitan

Latest articles