Peluang Pekerjaan, perniagaan kepada anak muda antara lain tumpuan Tengku Zafrul

KUALA SELANGOR: Calon Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) Barisan Nasional (BN) di Kuala Selangor, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, antara lain mahu menekankan mengenai usaha memastikan peluang pekerjaan dan perniagaan disediakan kepada anak muda di Kuala Selangor menerusi manifestonya.

“Anak muda nak peluang pekerjaan, itu yang pertama. Peluang perkerjaan dan peluang perniagaan juga . Kita akan beri sokongan dan kita akan membuat polisi untuk membantu mereka,” katanya.

Tengku Zafrul memaklumkan, bahawa beliau akan mengumumkan manifestonya dalam masa terdekat.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul yang pertama kali bertanding dalam pilihan raya berharap wujud persaingan yang sihat antara semua parti yang bertanding di kerusi parlimen itu.

Katanya, apa yang perlu diutamakan ialah kepentingan dan kebajikan pengundi Kuala Selangor.

“Kita nak persaingan yang sihat dan kita nak membawa kemajuan dan kebaikan kepada rakyat terutamanya pengundi di Kuala Selangor,” katanya kepada media selepas melancarkan jentera Pemuda BN Kuala Selangor di sini pada Sabtu.

Tengku Zafrul berdepan saingan empat penjuru iaitu penyandang Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad dan dua lagi calon, iaitu Mohd Noor Mohd Sahar dari Perikatan Nasional (PN) dan Mohd Shaid Rosli mewakili parti Pejuang.

BBerkaitan

Latest articles