Pelantikan Azalina Bukti Penghormatan Kerajaan Terhadap Wanita

Wanita Umno hari ini menyambut baik pelantikan Ahli Parlimen Pengerang , Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai timbalan speaker baru selepas usul dibentangkan di Dewan Rakyat hari ini.

Ketuanya, Datuk Dr Noraini binti Ahmad menyifatkan pelantikan itu juga sebagai bukti kerajaan mengangkar dan memperkasa peranan golongan wanita sebagai sebahagian daripada kumpulan pembuat polisi negara.

“Buat julung kalinya Dewan Rakyat memilih seorang wanita sebagai Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, dan apa yang lebih mengujakan ia datang daripada barisan Ahli Parlimen UMNO.

“Terukir juga dalam catatan sejarah, apabila Parlimen dan Kerajaan mengangkat dan memperkasa peranan wanita sehingga ke peringkat ini dalam sebahagian kumpulan pembuat polisi,” katanya dalam satu kenyataan.

Cadangan pertukaran bagi jawatan Speaker dan Timbalan Speaker Dewan Rakyat dibacakan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin pada sidang parlimen hari ini.

Selain Azalina, Dewan Rakyat hari ini turut menyaksikan pelantikan Datuk Azhar Azizan Harun sebagai Speaker Dewan Rakyat menggantikan Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusoff.

Untuk rekod, Azalina mempunyai kelulusan Sarjana Undang-Undang dari London School of Economics dan Diploma Undang-Undang Syariah dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Beliau juga berpengalaman luas dalam mengendalikan kes-kes tuntutan sivil melibatkan isu perbankan korporat dan komersial.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,912FollowersFollow
21,400SubscribersSubscribe

Terkini