Pelantikan 3 Syarikat Baru Tak Jejas Operasi Puspakom

KUALA LUMPUR: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom) tetap menjalankan operasinya seperti biasa dan tidak terjejas dengan pelantikan tiga syarikat baharu untuk menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan.

Ujarnya Puspakom adalah salah sebuah pusat pemeriksaan yang dilesenkan dan orang ramai masih boleh mendapatkan khidmat pemeriksaan kenderaan di situ.

“Puspakom masih beroperasi…Puspakom kita dah bagi (kelulusan) maksudnya semua cawangan mereka sedia ada boleh teruskan (beroperasi).

“Cuma bezanya ialah kita nak memperkenalkan operator baharu supaya dalam perkhidmatan ini ada pilihan dan ada persaingan,” katanya pada sidang media di kementeriannya hari ini.

Menurut Loke pelantikan tiga syarikat berkenaan dibuat selaras dengan keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 17 Mac 2023 yang bersetuju untuk membuka perkhidmatan pemeriksaan kenderaan motor yang diwajibkan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) kepada syarikat-syarikat lain yang berkelayakan.

Puspakom merupakan badan tunggal yang menawarkan perkhidmatan pemeriksaan kenderaan sejak 1994.

Puspakom tidak lagi memiliki konsesi sebaliknya hanya lesen untuk beroperasi bagi menjalankan pemeriksaan kenderaan motor.

BBerkaitan

Latest articles