Pelakon Legenda Dharma Harun Al Rashid Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Dunia seni tanah air kehilangan seorang lagi bintang veteran apabila pelakon terkenal era 1980-an, Dharma Harun Al Rashid disahkan meninggal dunia di rumahnya, malam tadi.

Berita duka itu dimaklumkan anak keduanya, Muhammad Al Syafiq, 36, yang menemui Allahyarham dalam keadaan tidak bernyawa sebaik pulang dari Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) sekitar jam 9.10 malam.

“Saya baru balik kelas… dia jatuh. Badannya sudah keras dan sejuk. Saya pusing mana pun tetap keras. Saya terus hubungi ambulans,” katanya dalam nada panik ketika dihubungi.

Pada Julai lalu, keadaan kesihatan Dharma dilaporkan semakin merosot selepas gambar beliau menunaikan solat dalam keadaan duduk dikongsi anaknya di media sosial.

Ketika itu, arwah memaklumkan berat badannya susut kepada 45 kilogram.

Allahyarham yang berusia 69 tahun dikenali melalui filem-filem ikonik seperti Adik Manja dan Sikit Punya Gila, dua karya yang mengangkat namanya dalam industri seni tanah air.

Dharma tinggal bersama dua anaknya, Muhammad Al Syafiq dan Siti Qurratu Aini, 37, yang kedua-duanya masih mengikuti pengajian di ASWARA.

BBerkaitan

Latest articles