Pelakon `Bobby’ Rishi Kapoor Meninggal Dunia

Pelakon veteran Bollywood yang pernah menjadi pujaan ramai suatu masa lalu termasuk di Malaysia, Rishi Kapoor, meninggal dunia pada usia 67 tahun akibat kanser.

Rishi dikesan menghidap kanser pada 2018 dan kembali ke India pada bulan September tahun lepas setelah setahun menjalani rawatan di New York.

Beliau dibawa ke hospital pagi semalam selepas mengadu mengalami kesukaran bernafas.

Rishi Kapoor mula terkenal selepas membintangi filem bapanya, Raj Kapoor, Mera Naam Joker sebagai pelakon kanak-kanak pada 1970.

Beliau kemudiannya terus menjadi pujaan ramai selepas mendapat peranan utama dalam filem cinta remaja `Bobby’ pada 1973.

Selepas itu, beberapa filem lakonannya pada era 80-an dan 90-an turut menjadi box office.

Meskipun sudah tidak aktif dalam industri filem, Rishi masih aktif di twitter dan sering memberikan komen melibatkan isu kontroversi.

Tweet terakhirnya ialah rayuan kepada orang ramai supaya tidak menyerang petugas kesihatan yang menjadi barisan hadapan dalam memerangi covid-19.

“Kita harus memenangi perang ini bersama-sama,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles