Pelajar Tingkatan Dua Jadi Mangsa Rogol Bapa, Abang Tiri

KUALA LUMPUR: Nasib malang menimpa remaja perempuan berusia 14 tahun apabila mendakwa menjadi mangsa rogol ahli keluarganya sendiri, membabitkan bapa kandung dan abang tirinya.

Sehubungan itu polis menahan seorang penganggur pada malam Rabu, selepas menerima laporan daripada mangsa berkenaan perbuatan terkutuk itu.

Tempoh tahanan reman suspek berusia 32 tahun itu selama seminggu bermula hari Ini.

Perintah tahanan reman dikeluarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin bagi membolehkan siasatan dilakukan mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata mangsa mendakwa dirogol abang tiri dan bapanya yang berusia 56 tahun dalam kejadian kira-kira dua bulan lalu.

“Perbuatan terkutuk dua individu tersebut terbongkar selepas remaja perempuan itu mengadu kepada ibu saudaranya.

“Remaja berkenaan mendakwa dia dirogol secara berasingan oleh kedua-dua individu tersebut,” katanya.

Hanyan berkata, hasil pemeriksaan pihak hospital mendapati terdapat kesan koyakan pada kemaluan mangsa.

Dalam pada itu, beliau berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah.

Katanya, pihak polis kini giat mengesan bapa mangsa yang merupakan seorang peniaga kuih di Chukai.

“Kita percaya bapa remaja tersebut cuba menyembunyikan diri selepas mendapat tahu anaknya membuat laporan polis,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles