Pelajar Sekolah Rendah Maut Jatuh Dari Tingkat 6 PPR Batu Muda

KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak perempuan maut dipercayai terjatuh dari sebuah blok kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Batu Muda, Jalan Empat Tin, Kampung Batu, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai insiden itu pukul 2.24 petang.

“Kanak-kanak berusia 12 tahun itu dipercayai jatuh dari tingkat enam bangunan berkenaan. Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya ringkas.

Tambah Ahmad Sukarno, pihaknya masih menjalankan siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.

BBerkaitan

Latest articles