Pelajar Dakwa Dipaksa Menari ‘Wadidaw’, Dicekik Senior, Polis Buka Kertas Siasatan

KUALA LUMPUR: Polis membuka siasatan berhubung satu kes buli membabitkan seorang pelajar sekolah berasrama di daerah ini yang mendakwa dipaksa menari tarian tular ‘wadidaw’ dan dicekik oleh pelajar senior.

Ketua Polis Daerah Bera, Superintenden Zulkiflee Nazir berkata, siasatan dimulakan selepas bapa mangsa tampil membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut semalam.

Menurut Zulkiflee, insiden dipercayai berlaku semasa pelajar Tingkatan Satu hingga Tiga diarahkan berkumpul oleh warden asrama untuk tujuan pemeriksaan bilik.

Namun, lima pelajar senior dipercayai mengambil alih sesi tersebut dan bertindak membuli mangsa.

“Mangsa mendakwa dipaksa menari tarian ‘wadidaw’ oleh pelajar terlibat dan turut dicekik oleh salah seorang daripada mereka kerana berambut panjang,” katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

Zulkiflee menegaskan pihaknya memandang serius kes ini dan akan bekerjasama rapat dengan Pejabat Pendidikan Daerah Bera bagi membanteras budaya buli dalam kalangan pelajar.

Beliau turut menasihatkan agar mana-mana pihak yang mengalami atau menyaksikan kejadian seumpama ini segera membuat laporan untuk tindakan lanjut.

BBerkaitan

Latest articles