Pelaburan Jangka Panjang ADIA Bawa Manfaat Ekonomi Malaysia

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim komited dengan usaha kerjasama dengan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) dalam memajukan pelbagai sector ekonomi di Malaysia.

Perdana Menteri itu menegaskan usaha sama antara Malaysia dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) akan mengangkat Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaya saing.

“Sinergi padu antara Malaysia dengan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) menjelmakan keyakinan terhadap potensi pertumbuhan ekonomi negara yang mampan dan berdaya saing.

“ADIA hadir dengan membawa bersama-sama suara rakan syarikat pelaburan global yang lain dalam menerokai pelbagai peluang pelaburan yang terhidang di Malaysia.

“Tidak mustahil, pelaburan jangka panjang dapat disuntik termasuk membabitkan sektor penjagaan kesihatan, pengendali lapangan terbang dan tenaga, Insya-Allah,” ujarnya.

Anwar sedang melakukan lawatan kerja ke UAE sejak Ahad untuk lawatan kerja tiga hari, antara lainnya untuk meningkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.

BBerkaitan

Latest articles