Pekerja Sektor Swasta Sambut Baik Kenaikan Gaji Minimum

KUALA LUMPUR: Pengumuman kerajaan menaikkan kadar gaji minimum negara dari RM1,500 kepada RM1,700 ternyata memberi kelegaan kepada banyak pihak.

Bagi golongan pekerja dalam sektor swasta kenaikan sehingga RM200 ini mampu menampung perbelanjaan mereka untuk menyara isi rumah dalam keadaan ekonomi semasa yang tidak menentu.

Menurut Shahira Rohaiza Binti Sakrani menyifatkan kenaikan ini memberi tambahan pendapatan kepada golongan pekerja, lebih-lebih lagi untuk menyara keluarga.

Shahira menyifatkan kenaikan RM200 ini seperti bonus raya bagi mereka yang berkhidmat dalam sektor swasta.

Apatah lagi dengan perbelanjaan luar biasa pada awal tahun ini menyaksikan ramai ibu bapa perlu bersedia dengan perbelanjaan persekolahan, permulaan Ramadan dan sambutan Hari Raya pada penghujung Mac kelak.

“Alhamdulillah, satu berita baik baik kakitangan sektor swasta. Tambahan RM200 ini dapatlah digunakan oleh mereka yang baru bekerja dalam sektor swasta bagi keperluan anak-anak di rumah, lebih-lebih lagi sekolah sudah mula hendak buka ini bersekali pula dengan kedatangan bulan Ramadhan nanti. Kenaikan ini seolah-olah memberikan duit raya kepada mereka yang bekerja di sektor swasta” ujar Shahira yang merupakan seorang Jurutera Sistem dari Subang, Selangor.

Sementara itu Zulkarnain Yusof, yang juga pekerja sektor swasta di Shah Alam menyifatkan kenaikan gaji bagi sektor swasta adalah sesuatu yang adil dan saksama bagi mereka dalam sektor swasta.

“Saya cukup berterima kasih bila pihak kerajaan MADANI turut sama mengambil kira nasib kami yang bukannya pekerja kerajaan. Kami tidak ada pencen macam orang kerja kerajaaan. Bila dengar Belanjawan setiap tahun pun, kami tak dapat bonus.

“Bila kerajaan MADANI umum untuk jadikan RM1700 ini untuk gaji minimum, syukur sangatlah. Paling tidak gaji yang diperolehi oleh pekerja-pekerja swasta tidaklah terlalu rendah seperti sebelum ini.” ujarnya.

Tambah Zulkarnain, kenaikan gaji minimum buat anak-anak muda yang baru bekerja sudah tentu berharga bagi mereka.

“Gaji bulan Februari dan Mac ini boleh lah ada tambahan sedikit untuk mereka buat persiapan menghadapi Aidilfitri. Terima kasih sangat-sangat” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles