Pejuang Mohon Jadi Anggota Parti Komponen Dalam PN

KUALA LUMPUR: Presiden Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG), Datuk Seri Mukhriz Mahathir memaklumkan parti itu telah menfhantar surat permhononan untuk menjadi anggota parti komponen dalam Perikatan Nasional (PN).

Menurut Mukhriz, keputusan itu tidak dibuat selepas mendapat persetujuan Majlis Eksekutif Pusat (MEP) Pejuang dalam mesyuaratnya dua hari lalu.

Beliau berkata, surat permohonan itu dihantar kepada Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan salinan kepada Timbalan Pengerusi PN, Tan Sri Abdul Hadi Awang serta Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau.

“Keputusan ini telah disepakati MEP selepas meneliti dan menilai semua pilihan gabungan atau kerjasama politik yang ada.

“Perjuangan PN adalah sesuai dengan mandat yang kami perolehi dari Perhimpunan Agung Pejuang kali ke-2 baru-baru ini,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kata Mukriz, MEP dalam keputusan tiga perenggan telah membuat pertimbangan antaranya, adalah tidak memadai jika kerjasama berbentuk pakatan pilihan raya diwujudkan hanya untuk tujuan mengelak daripada pertindihan kerusi yang ditandingi, lebih-lebih lagi jika lambang berasingan digunakan oleh kedua pihak yang berpakat.

“Kedua, lebih menguntungkan semua pihak jika Pejuang menyertai PN dan bertanding menggunakan lambang PN, yang bermakna kesepakatan parti itu dengan PN tidak terhad hanya kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang bakal berlangsung Jun ini, tetapi juga untuk jangka masa panjang.

“Ketiga, penyertaan Pejuang sebagai anggota komponen PN adalah untuk memastikan tiada perpecahan undi Melayu dalam pilihan raya yang mendatang,” jelasnya.

Mukhriz pada masa sama, berharap agar kepimpinan PN dapat mempertimbangkan dan memberi respon yang positif kepada permohonan parti itu.

Pada PRU lalu, Pejuang yang salah satu gabungan Gerakan Tanah Air (GTA) tewas di semua 125 kerusi yang dipertandingkan.

BBerkaitan

Latest articles