Pejuang Dakwa Kerajaan PN Ambil ‘Jalan Mudah’

Pengasas Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil ‘jalan mudah’ untuk mengehadkan jumlah ahli parlimen untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Bekas perdana menteri itu mempersoalkan mengapa kerajaan tidak memikirkan kaedah prosiding dalam talian jika sekali pun benar mahu membendung wabak COVID-19.

Reaksi Dr Mahathir itu merujuk kepada ketetapan baru Dewan Rakyat yang diumumkan Speaker, Datuk Azhar Azizan Harun bahawa hanya 41 ahli Parlimen kerajaan dan 39 wakil rakyat pembangkang serta bebas dibenarkan memasuki dewan pada satu-satu masa mulai hari ini.

Katanya, waktu persidangan juga dipendekkan dari 10 pagi hingga 2 petang minggu depan untuk membendung penularan Covid-19 di Parlimen.

Dr Mahathir membantah ketetapan itu menerusi satu kenyataan yang turut ditandatangani tiga lagi ahli parlimen Pejuang.

“Terdapat SOP yang dilaksanakan di dalam dewan seperti pemasangan penghadang lutsinar dan aturan kerusi secara penjarakan fizikal bagi sidang sebelum ini.

“Selain itu, persidangan secara digital juga boleh menjadi alternatif sesuai bagi memastikan persidangan dapat dijalankan dengan sempurna, tanpa mengehadkan keterlibatan ahli Parlimen dalam perbahasan.

“Di waktu yang sama, rakyat disuruh bekerja secara alternatif dan atas talian, namun kerajaan sendiri mengambil jalan mudah dan keterbelakang,” kata mereka dalam kenyataan.

Tiga ahli Parlimen lain ialah Datuk Seri Mukhriz Mahathir, Datuk Amiruddin Hamzah dan Datuk Shahruddin Md Salleh.

Kesemua mereka turut ‘pelik’ dengan ketetapan baru itu tanpa tidak ada perbincangan dilakukan bersama kesemua ahli parlimen

“Keterlibatan penuh ahli Parlimen dalam sesi Belanjawan 2021 cukup penting bagi memastikan belanjawan negara dapat diperhalusi mengikut keperluan rakyat tanpa ruang salah guna dan penyelewengan,” ujarnya lagi.

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini