Pejabat TSDZ Beri Sumbangan Hari Raya Kepada Pelajar Dan Kakitangan Sekolah SMK Permatang Tok Jaya

BUTTERWORTH: Seramai 35 orang terdiri daripada pelajar dan kakitangan sekolah gembira apabila menerima sumbangan Aidilfitri di Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Tok Jaya, di sini, semalam.

Guru Besarnya, Atikah Mohd Ariffin berkata sumbangan itu adalah pemberian daripada Pejabat TSDZ (Tan Sri Dzulkifli Ahmad) yang berbentuk bakul makanan dan wang.

Antara pelajar yang menerima sumbangan bakul makanan Hari Raya Aidilfitri

 

Pegawai Keselamatan yang menerima sumbangan bakul makanan sempena hari raya Aidilfitr

“35 bakul makanan sumbangan hari raya untuk pelajar dan warga sekolah yang kurang berkemampuan iaitu pelajar model khas, pelajar asrama, dan pelajar arus perdana. Selain itu 12 orang kakitangan sekolah terdiri daripada pekrja pembersihan dan pegawai keselamatan turut menerima sumbangan.

“Pejabat TSDZ juga meyumbang sebanyak RM1000 untuk membantu program ke arah mengimarahkan surau sekolah, terima kasih Pejabat TSDZ atas sumbangan ini.

“Saya harapkan lebih banyak sumbangan untuk sekolah ini kerana sekolah ini sudah terlalu lama dan uzur, seperti cat yang perlu ditukar semula memandangkan sekolah ini adalah satu-satunya sekolah model khas di Pulau Pinang,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Pejabat TSDZ, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, pihaknya amat berbesar hati dapat menyumbangkan bantuan kepada sekolah dan pelajar sebagai tanda prihatin sekaligus meraikan pelajar dan kakitangan sekolah menjelang Aidilfitri.

Sesi bergambar bersama pelajar SMK Permatang Tok Jaya

“Saya dapat makluman ada wakil dari SMK Permatang Tok Jaya datang ke Pejabat TSDZ untuk mengemukakan permohonan mendapatkan sumbangan berbentuk bakul makanan untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan di sekolah itu.

“Saya sangat tersentuh dengan keadaan ini dan menyatakan persetujuan untuk menyumbang memandangkan Pejabat TSDZ memang menyediakan bakul makanan untuk mereka yang memerlukan,” katanya ketika berucap di Majlis Penyampaian Sumbangan Aidilfitri, di sini, semalam.

Beliau yang juga Mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM itu berkata, keadaan sekolah yang uzur ini juga perlu mendapat perhatian daripada pihak yang berwajib apatah lagi pelajar di sini yang terdiri daripada pelajar model khas yang memerlukan keselesaan.

“Seperti yang saya nyatakan tadi saya akan bawa secara terus kepada Menteri Pendidikan. Jika mahu saya beri sumbangan dia (Menteri) juga kena turun padang.

“Insyaallah saya akan cuba sedaya upaya saya untuk mendapatkan peruntukan yang ada bagi membantu sekolah dan pelajar ini pada masa hadapan,” katanya.

Untuk rekod, Pejabat TSDZ telah melaksanakan banyak program bakul makanan percuma sejak tahun lalu.

Sempena Ramadhan kali ini, sumbangan berbentuk kewangan juga turut disampaikan kepada golongan asnaf yang terpillih selain program agihan ayam segar percuma kepada 39 buah masjid dan surau.

Latest articles

Related articles

spot_img