Peguam Sahkan Dakwaan Mondy Dirogol Ebit Lew Tak Diteruskan

KUALA LUMPUR: Dakwaan kononnya pempengaruh wanita warga Indonesia, Mondy Tattoo kononnya dirinya telah dirogol oleh pendakwah popular, Ebit Irawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew pada tahun lalu tidak akan diteruskan pihak pendakwaan.

Peguam mewakili Ebit Lew, Datuk Akberdin Abdul Kader juga memberitahu, polis telah selesai menyiasat dakwaan itu sebelum menyerahkan kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Bagaimanapun, kes itu dianggap telah selesai dan pendakwaan tidak akan meneruskan dakwaan tersebut, demikian menurut laporan Malaysia Gazette.

Akberdin juga memberitahu Timbalan Pendakwa Raya (DPP) tidak meneruskan kes kerana siasatan didapati tidak ada kes untuk di bawa ke mahkamah.

“AGC mengklasifikasikan kertas siasatan bagi kes itu sebagai tiada lanjutan kes atau NFA. Polis telah selesaikan kes ini pada 14 September lepas dan DPP tidak meneruskan kes ini.

“Saya juga telah dimaklumkan oleh polis, anak guam saya tidak akan dituduh sebab tiada kes dan barang kes seperti telefon dan kad sim telah dipulangkan semalam,” katanya kepada media hari ini.

Dalam pada itu, Akberdin juga memaklumkan Mahkamah Sesyen Shah Alam juga telah menetapkan 1 Julai ini bagi kes saman fitnah anak guamnya terhadap Mondy.

Mahkamah akan menetapkan nilai kerugian serta imej pendakwah itu berikutan tuduhan terhadapnya.

“Ini kes yang sangat serius terhadap anak guam saya,” tegasnya.

Ketika ini, Ebit juga sedang berdepan 11 pertuduhan jenayah dalam perbicaraan di Mahkamah Majistret Tenom, Sabah.

Kes ini membabitkan pertuduhan mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40-an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah melalui aplikasi WhatsApp antara Mac dan Jun 2021.

Jika sabit salah, pendakwah itu berdepan hukuman maksimum penjara lima tahun dan denda atau kedua-duanya sekali mengikut Sesyen 509 Kanun Keseksaan.

BBerkaitan

Latest articles