Peguam Keluarga Zara Qairina Sambut Baik Tindakan Dakwa Suspek Buli, Tidak Tahun Identiti Individu

KUALA LUMPUR: Pasukan peguam mewakili keluarga Allahyarham Zara Qairina Mahathir menyatakan mereka masih belum dimaklumkan mengenai identiti individu yang akan didakwa di mahkamah berhubung kes buli pelajar berusia 14 tahun itu.

Walaupun begitu, mereka menyambut baik keputusan Peguam Negara, Tan Sri Mohd. Dusuki Mokhtar, untuk membawa suspek ke muka pengadilan.

“Keputusan tersebut selaras dengan cadangan kami kepada Jabatan Peguam Negara menerusi kenyataan media pada 14 Ogos lalu,” kata barisan peguam yang terdiri daripada Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M. Borhan, Mohd. Luqman Syazwan Zabidi, dan Mohd. Syarulnizam Mohd. Salleh, dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut mereka, cadangan yang dikemukakan sebelum ini menekankan keperluan pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 507D(2) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman lebih berat bagi kesalahan melibatkan ugutan atau perbuatan yang dikaitkan dengan kes buli.

Cadangan itu susulan kenyataan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman yang mendedahkan wujud keterangan jelas menjurus kepada perbuatan buli sebelum insiden kematian Zara Qairina.

“Kami berharap pendakwaan terhadap individu-individu terbabit dapat dikaitkan secara langsung dengan kematian Zara Qairina. Sekiranya sabit kesalahan, hukuman berat wajar dikenakan sebagai pengajaran,” tegas mereka.

BBerkaitan

Latest articles