Peguam Besar Sabah Tak Patuh Prosedur, ADUN Sabah Dakwa Beri Kesan Keputusan Semakan Kehakiman

 

Tindakan pihak peguam besar Sabah (SAG) yang gagal mematuhi arahan Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim semasa pendengaran semakan kehakiman oleh 33 wakil rakyat terhadap Yang di-Pertua Sabah, Tun Juhar Mahiruddin baru-baru ini, dikhuatiri memberi kesan kepada keputusan akhir.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Balung, Osman Jamal, beliau mendapati SAG hanya memfailkan 1 Ikatan Otoditi Tambahan dengan hujahan lisan tanpa memberi hujahan bertulis yang sepatutnya diberikan kepada pihak peguam mewakili Tan Sri Musa Aman.

“Sebagai saksi kepada pendengaran semakan kehakiman Musa Aman di Mahkamah Tinggi Sabah dan Sarawak di Kota Kinabalu, saya berhasrat untuk menjawab segala kekeliruan hasil daripada pendengaran berkenaan yang berlangsung pada 17 Ogos.

“SAG telah memfailkan 1 ‘ringkasan eksekutif’ pada hari berkenaan tanpa memberikan salinan kepada peguam Musa dan tindakan ini jelas menunjukkan pihak SAG tidak mematuhi syarat diberikan oleh Yang Arif (Pesuruhjaya Kehakiman Leonard David Shim),” katanya.

Osman kemudiannya berkata berdasarkan arahan Leonard, pihak SAG serta Peguam Negara harus memfailkan hujahan bertulis mereka pada 10 Ogos dan peguam mewakili Musa pula perlu memfailkan hujahan mereka pada 12 Ogos.

“Yang Arif seterusnya menetapkan 17 Ogos untuk pendengaran klarifikasi, yang mana segala persoalan perundangan haruslah dijawab bagi memudahkan Yang Arif untuk membuat keputusan,” katanya.

Osman juga mempertikaikan bagaimana pihak SAG melantik Chung Jiun Dau sebagai peguam tambahan tanpa menggunakan surat pelantikan fiat.

“Lebih membimbangkan, Chung Jiun Dau telah mengingkari arahan Yang Arif untuk menumpukan hujahan kepada isu ‘justiciability’ sahaja apabila beliau berhujah mengenai isu yang tidak berkaitan langsung dengan isu ‘justiciability’ yang mana saya percaya salah 1 daripada isu yang disebut adalah isu ‘Locus Standi’.

“Pada pandangan saya, tindakan SAG pada hari itu sangat tidak beretika dan tidak memuaskan bagi seorang yang memegang jawatan peguam negeri.

“Atas sebab-sebab yang dinyatakan tadi, Yang Arif telah mengarahkan peguam Musa menfailkan hujahan balasan bagi menjawab isu yang dikemukakan selewat-lewatnya pada 19 Ogos dan Yang Arif juga telah menetapkan 21 Ogos untuk keputusan.

“Saya percaya, sekiranya pihak SAG serta peguam tambahannya jujur dan telus dalam melaksanakan tanggungjawab mereka serta akur dengan arahan yang diberikan oleh Yang Arif, kes ini sepatutnya sudah selesai semalam (Isnin),” katanya.

Untuk rekod, seramai 33 wakil rakyat Sabah yang diketuai Musa membawa isu pembubaran DUN ke mahkamah dengan mempertikaikan tindakan Tun Juhar.

Mereka menamakan Juhar sebagai responden pertama, manakala Shafie, SPR, dan kerajaan negeri masing-masing responden ke-2, ke-3, dan ke-4.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Isnin menetapkan 26 September sebagai tarikh pengundian PRN Sabaj manakala tarikh bagi penamaan calon serta pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 12 dan 22 September depan.

 

Komen

Berkaitan

Media Sosial

19,954FansLike
3,790FollowersFollow
20,800SubscribersSubscribe

Terkini