Pegawai terlibat perlu bertanggungjawab Kata Kesatuan Pekerja KTMB

KUALA LUMPUR – Pesta hiburan di atas gerabak keretapi baru-baru ini telah menjejaskan imej dan maruah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB).

Demikian menurut Kesatuan Pekerja-Pekerja KTMB (RUM) menerusi Facebooknya.

Tanpa mengulas panjang, kesatuan tersebut berpendirian pegawai yang meluluskan pesta tersebut perlu bertanggungjawab penganjuran pesta yang mengundang kontroversi itu.

“Rasanya semua setuju jabatan dan pegawai-pegawai yang berurusan harus bertanggungjawab. Takkan nak minta maaf dan lepas tangan?

“Maruah dan imej KTMB terjejas. Memalukan!! Pekerja turut merasa tempiasnya.. #selamatkanKTMBselamatlahPEKERJA,” tulis kesatuan tersebut.

Sebelum itu, kami turut melaporkan Ketua Penerangan UMNO Kedah, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin berkata, KTM sebagai peneraju perkhidmatan keretapi negara sepatutnya cakca dengan meletakkan syarat syarat yang ketat demi tidak mencemarkan imej dan nama KTM sendiri.

“Sangat mengecewakan ialah apabila nama sahaja Kereta Api Tanah Melayu, tapi membenarkan parti liar yang penuh dengan arak dan perkara perkara yang tidak senonoh. Apakah mesej yang KTM cuba sampaikan kepada rakyat? Bahawa kami sudah tidak melayu?

“Apatah lagi tindakan membenarkan ini sangat sangat tidak selari dengan Malaysia yang terkenal dengan budaya sopan dan ketimuran ini. Kita ialah sebuah negara Islam yang majoritinya orang Melayu. Tolong hormat budaya dan adat resam kita,” kata Shaiful Hazizy dalam satu kenyataan, hari ini.

Manakala Parti PAS juga turut mengecam dan menyifatkan pesta hiburan yang dianjurkan sebuah entiti itu baru-baru ini sebagai melampau batas.

Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari berkata pesta berkenaan bertentangan dengan budaya ketimuran yang mengutamakan nilai tatasusila, kesopanan dan hiburan sederhana.

katanya lagi, budaya berhibur secara melampaui batas seperti menghadiri kelab malam seperti mana ditonjolkan oleh pesta hiburan ini pada 16 Mei lepas, tidak mencerminkan nilai Rukun Negara dan mencemarkan nama KTMB yang merupakan aset negara bersejarah.

Sehubungan itu beliau menggesa supaya siasatan bagi mengenal pasti kelulusan program sebegitu.

Dalam pada itu, Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh turut membangkitkan persoalan yang sama.

Kami mohon untuk pihak KTMB untuk memberikan penjelasan yang segera!!!

Ke lepas ni parti liar boleh kita buat di dalam bilik ceo ktmb pula???

untuk rekod, sehingga artikel ini diterbitkan, KTMB masih belum mengeluarkan sebarang kenyataan respon

BBerkaitan

Latest articles