Pegawai Khas Ahmad Zahid, Ramesh Rao Meninggal Dunia

KUALA LUMPUR: Pegawai khas hal ehwal kaum India di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Ramesh Rao dilaporkan meninggal dunia, awal pagi tadi.

Salah seorang pegawai khas Timbalan Perdana Menteri mengesahkan perkara itu.

Turut difahamkan, mendiang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Mendiang yang juga Presiden Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin Malaysia sebelum ini dilantik Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bagi diberi tanggungjawab menjaga kebajikan masyarakat kaum India di seluruh negara tanpa mengira fahaman politik masing-masing.

Sebelum menyertai Barisan Nasional (BN), beliau pernah bergiat dalam politik bersama DAP.

BBerkaitan

Latest articles