Pegawai Kanan Polis Mengaku Tidak Bersalah Tuduhan Bunuh Seorang Pelajar Tahun Lalu

Pegawai Kanan Polis yang didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan hari ini di hadapan Bhupindar Singh.

Mohd Nazri yang berpangkat Deputi Superintendan pada hujung tahun lalu yang sebelum ini bertugas di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah didakwa melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd. Zamrie, 17 di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dalam daerah Kinta, di sini antara jam 11.45 pagi hingga 12.40 tengah hari, 15 Disember 2023.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara sehingga 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum dengan tidak kurang 12 sebatan.

Mahkamah kemudian menetapkan 30 hari tempoh perbicaraan dan tempoh itu ditetapkan Hakim, Datuk Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet itu ketika prosiding sebutan kes ke atas tertuduh, Mohd Nazri Abdul Razak, 45, berlangsung hari ini.

Tarikh-tarikh yang ditetapkan bagi perbicaraan itu adalah pada 4 hingga 8 dan 11 hingga 15 November; 2 hingga 6 dan 9 hingga 13 Disember; serta 6 hingga 10 dan 13 hingga 17 Januari 2025.

Kedua-dua pihak turut ditetapkan oleh Mahkamah untuk menyerahkan afidavit masing-masing pada 1 Julai depan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz; Saiful Akmal Mod Said dan Nasrul Hadi Abdul Ghani manakala tertuduh diwakili peguam bela, Jacky Loi Yap Loong; Lim Chi Chau; dan M. Kuhan.

Hadir sama dalam prosiding hari ini adalah peguam pemerhati yang dilantik keluarga mangsa, Yasmin Khalid dan Amira Najwafitri Amir Arif.

Dalam prosiding sama, Afzainizam memaklumkan kepada mahkamah bahawa pendakwaan memerlukan masa kira-kira sebulan untuk memuktamadkan senarai saksi sebelum dokumen itu diserahkan kepada pihak pembelaan.

Afzainizam berkata, pihaknya perlu meneliti beberapa dokumen memandangkan dalam kes itu ia membabitkan kira-kira 60 saksi termasuk saksi pakar.

Dalam kejadian sekitar 12.30 tengah hari pada 15 Disember lalu, yang turut tukar di media sosial sebelum ini, Muhammad Zaharif maut selepas motosikal Yamaha 135LC ditunggangnya dilanggar kereta jenis Perodua Ativa yang dipandu seorang pegawai kanan polis.

Kejadian itu dikatakan berlaku apabila pemandu kereta yang sebelum ini adalah Pegawai Turus Cawangan Jenayah Berat (D9) Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kedah dikatakan tidak berpuas hati terhadap mangsa yang sebelum itu dikatakan membuat bunyi bising menerusi ekzos motosikal.

Suspek kemudiannya dikatakan mengejar motosikal jenis Yamaha 135 LC yang ditunggang mangsa menggubakan kerrta itu sejauh kira-kira 1 kilometer kilometer sebelum melanggarnya dari belakang.

Berdasarkan laporan bedah siasat yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh, punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan di bahagian dada dan abdomen akibat kemalangan jalan raya.

BBerkaitan

Latest articles