‘Pecutan Terakhir’ Reezal Di Bertam

KUALA LUMPUR: Calon Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican terus bersemangat berjumpa para pengundi yang akan menjalankan tanggungjawab masing-masing esok.

Bekas Ahli Parlimen Kepala Batas itu berjanji akan meneruskan kemajuan dan pembangunan demi manfaat masyarakat di Bertam, seperti mana nekadnya mahu menerusi legasi Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

“Saya dan team #BertamKita akan memperhebat kempen kami dan menyantuni sebanyak mungkin pengundi.

“Insya Allah, tekad saya untuk teruskan perjuangan dan legasi Ayahanda Pak Lah di sini. Saya akan berikan khidmat terbaik untuk Keluarga Bertam,” tulisnya di Facebook.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir yang juga mengunjungi dan membantu kempen Reezal semalam, turut yakin dengan kemampuan bekas Menteri Belia dan Sukan itu.

“Seorang pemimpin yang sangat komited dan berpengalaman. Saya yakin dan percaya dengan kemampuan sahabat saya ini, beliau mampu melonjakkan Bertam menjadi lebih maju dan lebih baik.

“Saya mohon pengundi-pengundi Bertam, buatlah pilihan tepat dengan memilih DS Reezal Merican, Calon No.01 untuk DUN Bertam,” ujarnya.

BBerkaitan

Latest articles