PCM Sokong Kepimpinan Muhyiddin

Meskipun sedang berdepan dengan masalah global Covid-19 dan dalam masa yang sama menghadapi ketidaktentuan politik negara, Tan Sri Muhyiddin Yassin berjaya menunjukkan sikap kepimpinannya.

Perkara itu ditegaskan Parti Cinta Malaysia (PCM) sekaligus meluahkan keyakinan bahawa Perdana Menteri itu mampu menjalankan tugas itu dalam jangka masa yang panjang.

Presidennya, Datuk Huan Cheng Guan berkata Muhtiddin berjaya membuktikan fokus kepada rakyat sentiasa didahulukan.

Ini menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) yang bernilai RM250 bilion dan Pakej Prihatin Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) (Tambahan) bernilai RM10 bilion.

“Krisis ekonomi juga dapat ditangani dengan baik ketika ini walaupun pelbagai tohmahan yang di sebarkan oleh golongan pembangkang di kala pandemik Covid-19.

“Terima kasih juga Tan Sri Muhyiddin kerana selamatkan daripada ‘penyangak dan perompak’ sebenar yang tidak lebih dari berterusan menjual aset negara dengan alasan negara sudah bankrap selain menanggung hutang piutang banyak.

“Terbukti komitmen dan keprihatinan kerajaan di bawah pimpinan Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri untuk memulihkan ekonomi negara.

“Tidakkah ini satu tindakan yang pantas dan tepat pada masanya untuk mengimbangi usaha membendung penularan pandemik Covid-19 dan proses pemulihan ekonomi,” demikian memetik laporan Malaysia Gazette.

BBerkaitan

Latest articles