PBT Siasat Majlis Makan Malam Sediakan Tarian Mencolok Mata

KUALA LUMPUR: Kelantan membuka kertas siasatan terhadap penganjuran majlis makan malam sebuah syarikat perlombongan didakwa menyediakan persembahan tarian mencolok mata di Tanah Merah, Sabtu lalu.

Sebuah sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) turut disiasat kerana majlis itu diadakan di dewan sekolah terbabit.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar Kelantan, Hilmi Abdullah berkata, Majlis Daerah Tanah Merah (MTDM) sudah diarah melakukan siasatan.

Beliau berkata semakan dengan MDTM mendapati pihak penganjur tidak memohon permit untuk penganjuran acara terbabit.

Beliau berkata, difahamkan sebahagian besar tetamu adalah pelombong dari China yang menjalankan kerja melombong di sekitar Sokor, Tanah Merah, tetamu luar serta pekerja syarikat itu.

“Saya sendiri baru mengetahui perkara itu dan kertas siasatan sudah dibuka. Pihak penganjur dan sekolah akan dipanggil untuk mendapatkan keterangan mereka.

“Terdapat beberapa tetamu juga terdiri daripada penduduk tempatan beragama Islam yang bekerja dengan syarikat berkenaan.

“Kita kesal dengan tindakan pihak penganjur menyediakan hiburan seperti itu, selain menjadikan dewan sekolah untuk acara hiburan berkenaan,” katanya menurut Harian Metro.

Hilmi berkata, pihak penganjur dan sekolah terbabit melanggar Seksyen 6 Enakmen Hiburan dan Kawalan Tempat Hiburan 1998 yang memperuntukkan denda sehingga RM20,000 atau penjara lima tahun atau kedua-duanya.

BBerkaitan

Latest articles