PBSM Malaysia Terima Sumbangan RM420,000 Dari AS

KUALA LUMPUR: Kerajaan Amerika Syarikat (AS) hari ini mengumumkan sumbangan sebanyak RM420,000 kepada Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) Malaysia, bertujuan membantu mangsa banjir.

Kedutaan AS di Malaysia memaklumkan, dana itu disumbangkan menerusi menerusi Agensi Pembangunan Antarabangsa AS kepada PBSM dengan kerjasama Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

“Bagi pihak rakyat AS, Kedutaan AS di Kuala Lumpur menzahirkan rasa simpati kepada mangsa banjir di Malaysia, baru-baru ini.

“Bagi meringankan usaha membantu, kerajaan AS melalui Agensi Pembangunan Antarabangsa Amerika Syarikat, menyumbangkan RM420,000 kepada PBSM Malaysia, dengan kerjasama Persekutuan Antarabangsa Persatuan Palang Merah dan Bulan Sabit Merah.

“Dana ini bagi menyokong penyediaan perkhidmatan kesihatan kepada isi rumah yang terjejas dengan banjir di Malaysia, termasuk memberi perkhidmatan perubatan, pencegahan penyakit dan kesihatan mental,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

BBerkaitan

Latest articles