More

    PBRS Yakin Parti Baru Peter Tak Kemana

    PENAMPANG: Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) menegaskan parti baru yang akan ditubuhkan oleh bekas Naib Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Peter Anthony tidak mampu ‘pergi jauh’ dalam kalangan rakyat Sabah.

    Presidennya, Tan Sri Joseph Kurup yakin parti itu juga tidak akan memecahkan belahkan perpaduan khususnya dalam kalangan kaum Kadazandusun Murut Rungus (KDMR) di Sabah.

    Bagaimanapun parti yang akan diterajui Peter itu hanya bertindak memecah-belahkan Warisan.

    “Saya rasa parti itu tidak akan pergi jauh. Kita perlu lihat (bagaimana situasinya pada masa akan datang).

    “Tetapi saya tidak bimbang kerana kemungkinan ia (parti baharu) akan memecahbelahkan WARISAN berbanding PBRS,” katanya dalam sidang media selepas sesi penyerahan borang keahlian menyertai PBRS di Wisma Kinsabin, semalam.

    Yang turut hadir, Timbalan PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup dan bekas Naib Presiden Parti Cinta Sabah (PCS) Datuk Seri Wilfred Bumburing.

    Dalam pada itu Joseph turut diajukan sekiranya PBRS bergabung dengan parti lain untuk kesatuan politik.

    Joseph memaklumkn pihaknya tidak menolak kemungkinan itu tetapi akan tetap konsisten dengan perjuangan mereka.

    “Tidak kira apa pun, kami tidak akan mengatakan sesuatu perkara hari ini tetapi keesokannya menjadi berbeza,” katanya.

    Dalam pada itu, Joseph turut menyatakan PBRS tekad untuk meneruskan agenda pembangunan ekonomi untuk rakyat Sabah khususnya segi infrastruktur, pendidikan dan kesihatan.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini