More

    Pavithra Jadi Mangsa Dera Suami Kerana Tak Sebut Nama Ketika Terima Anugerah

    Tidak berpuas hati kerana namanya tidak disebut ketika menerima anugerah penghargaan, suami kepada Youtuber yang popular dengan saluran masakan dilaporkan mendera isterinya dalam satu kejadian baru-baru ini.

    Lelaki itu, yang dikenali sebagai Sugu dikatakan berada dalam keadaan mabuk ketika pertengkaran antara dirinya dan isteri, Pavithra berlaku.

    Kejadian berlaku di kawasan tempat letak kereta di Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh, baru-baru ini.

    Pergaduhan itu berlarutan sehingga keesokkan hari (semalam) di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.

    “Ketika kejadian suspek dipercayai mabuk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya.

    “Pada 5.54 petang hari sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan,” katanya.

    Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan tangkapan lelaki berkenaan yang kini dalam tahanan reman selama tiga hari.

    Berita Berkaitan

    Berita Terkini