PAU2021 Ditangguh, Pemimpin Parti Turun Padang Bantu Mangsa Banjir

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata parti menangguhkan Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2021 disebabkan bencana banjir, sekaligus membolehkan pimpinan parti membantu mangsa-mangsa musibah.

Ujarnya keputusan penangguhan itu dipersetujui oleh presiden, timbalan, Jawatankuasa Pengurusan UMNO serta Ahli Majlis Tertinggi.

“Ada beberapa bahagian seperti Kota Raja dan Klang masih tidak dapat mengadakan mesyuarat perwakilan bahagian kerana dilanda musibah banjir,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Ahmad, PAU biasanya melibatkan hampir 6,000 pemimpin akar umbi daripada 191 UMNO bahagian dan ribuan lagi pemerhati dari seluruh negara.

“Tarikh PAU 2021 sepatutnya ialah pada 12 hingga 15 Januari 2022 akan ditangguh ke suatu tarikh yang akan diberitahu kemudian.

“UMNO bersama berdukacita terhadap rakyat yang terkesan kerana bencana banjir dan berharap jentera UMNO dan Barisan Nasional serta kerajaan Pusat dan kerajaan negeri terus membantu mereka,” katanya.

BBerkaitan

Latest articles