Patrick Teoh Ditahan Polis Ekoran Video Yang Dikatakan Menghina TMJ

Bekas penyampai radio, Patrick Teoh dilaporkan telah ditahan berhubung tuduhan bahawa dia telah menghina Putera Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim.

Perkara itu disahkan oleh peguamnya, Datuk Seri Rajan Navaratnam lapor portal The Star, sebentar tadi.

“Dia dijangka dibawa ke Ibupejabat polis Johor Bahru Selatan malam ini untuk direman esok (10 Mei),”

Menurut Peguamnya itu  lagi, Teoh didakwa memainkan semula video yang disiarkan Tunku Ismail tahun lalu yang menunjukkan Putera dan individu lain berpakaian pakaian tentera yang mengendalikan senjata api.

Teoh, 72, dipercayai telah berkongsi video tersebut pada hari Khamis (7 Mei) dan menggunakan kata-kata tidak senonoh ketika dia mengulasnya di laman Facebook peribadinya.

Namun, pemeriksaan menunjukkan bahawa siaran tersebut tidak lagi ada di halaman facebooknya itu.

Teoh pada mulanya tiba di Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Petaling Jaya di Menara Choy Fook Onn sekitar jam 8.30 malam bersama peguamnya untuk diambil keterangan.

Teoh yang diiringi anggota PDRM bergerak kediamannya dimana PDRM telah menyita sebuah komputer riba yang dipercayai digunakan untuk membuat siaran tersebut.

Dalam pada itu Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Nik Ezanee Mohd Faisal mengesahkan Teoh dipanggil untuk memberikan keterangannya.

“Siasatan akan dilakukan oleh polis Johor dan kami hanya membantu mengambil keterangannya,” katanya.

Kes disiasat kerana penggunaan kemudahan rangkaian yang tidak betul di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Latest articles

Related articles

spot_img