Pasukan Perubatan Malaysia Terbaik, Kematian COVID-19 Di Negara Ini Tidak Teruk

Pasukan perubatan di negara ini dilihat amat cekap dalam berdepan ujian penularan wabak COVID-19 yang kini melanda di seluruh dunia kerana kita merekodkan jumlah pesakit sembuh yang tinggi setiap hari dan kadar kematian harian yang amat kecil dengan jumlah yang mampu diuruskan.

Pada 2 April 2020, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menyatakan kadar kematian akibat COVID-19 di Malaysia adalah pada kadar 1.6 peratus berbanding 4.5 peratus kadar kematian di seluruh dunia.

Ini membuktikan langkah kerajaan serta tindakan cekap Kementerian Kesihatan mengawal kadar jangkitan dari tidak meningkat terlalu mendadak membuatkan kes kematian akan berada pada jumlah sedikit dan ia mampu diuruskan dengan baik.

Hari ini jumlah mereka yang sudah meninggal dunia akibat penyakit berbahaya itu sudah mencecah 200,736 kes sejak pertama kali ia mula dikesan di China, tahun lepas.

Lebih 2,864,070 pesakit didaftarkan oleh 193 negara dengan lebih 772,900 kes sudah sembuh.

Jumlah ini adalah jumlah dari maklumat yang dikumpul oleh agensi berita antarabangsa AFP dari pihak berkuasa negara-negara lain dan dari maklumat Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Negara yang paling teruk dilanda wabak berkenaan ialah Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan 53,070 daripada 924,865 kes.

Itali berada tempat kedua dengan 26,384 kematian daripada 195,351 kes, diikuti oleh Sepanyol (22,902 kematian dan 223,759 kes), Perancis (22,614 kematian dan 161,488 kes) dan United Kingdom dengan 20,319 kematian dan 148,377 kes.

China (tidak termasuk Hong Kong dan Macau) setakat ini mencatatkan 4,632 kematian dan 82,816 kes.

Eropah mempunyai sejumlah 122,171 kematian dari 1,360,314 kes, Amerika Syarikat dan Kanada mempunyai 55,586 kematian dan 969,896 kes, Asia mempunyai 7,854 kematian dari 195,102 kes.

Amerika Latin dan Caribbean mempunyai 7,434 kematian dari 150,162 kes, Asia Barat mempunyai 6,225 kematian dari 150,625 kes, Afrika mempunyai 1,361 kematian dari 29,981 kes dan Oceania mempunyai 105 kematian dari 7,991 kes. – TRI

KOMEN

BERKAITAN

POPULAR

Media Sosial

29,272FansLike
0MembersFollow
48,300FollowersFollow
0FollowersFollow
9,238FollowersFollow
10,400SubscribersSubscribe

Terkini