Pasukan Malaysia berjaya rangkul 3 Emas di Kejohanan Muaythai Dunia

KUALA LUMPUR — Berakhirnya Kejohanan Muaythai Dunia IFMA 2022 yang berlangsung di Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE) menyaksikan Pasukan Malaysia berjaya merangkul 3 pingat Emas, 1 pingat Perak dan 1 pingat Gangsa.

Persatuan Muaythai Malaysia (PMM) berkata pasukan Malaysia yang terdiri daripada 3 orang Atlet Kebangsaan dan 5 orang Atlet B Kebangsaan, Seorang Pengurus Pasukan dan 2 orang jurulatih berjaya mencipta kejayaan yang membanggakan di mana 5 orang atlet telah mara ke peringkat separuh akhir dan 4 orang daripada mereka berjaya mara ke peringkat akhir.

“ 3 atlet kebangsaan Malaysia iaitu Mohammad Rifdean Masdor, Nur Amisha Azrilrizal dan Ahmad Nor Iman Aliff memberikan persembahan yang baik walaupun baru sahaja selesai mewakili Malaysia di Temasya Sukan Asia Tenggara dan belum berkesempatan untuk berehat”

Menurut PMM lagi,emas pertama Malaysia disumbangkan oleh atlet B kebangsaan iaitu Muhammad Hairie Mahmad bagi kategori Lelaki U23 -45kg menentang tuan rumah UAE dengan mata kemenangan 29-28. Hairie perlu menghadapi atlet dari Uzbekistan pada peringkat separuh akhir sebelum berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir melawan tuan rumah UAE.

Manakala Mohamad Rifdean berjaya menyumbangkan emas kedua kepada Malaysia dan sekali gus berjaya mengekalkan gelaran Juara Dunia beliau dalam kategori Lelaki U23 -48kg menentang Uzbekistan dengan mata kemenangan 29-28 katanya di dalam satu kenyataan semalam.

Tambah persatuan itu lagi, Emas ke tiga Malaysia berjaya disumbangkan oleh atlet Kebangsaan Malaysia, Ahmad Nor Iman Aliff yang mana ini merupakan kemunculan sulung beliau mewakili Negara dalam kategori Senior.

“ Walaupun masih belum pulih kecederaan di bahagian rusuk, beliau berjaya menjadi Juara Dunia bagi Kategori lelaki U23 – 54kg menentang negara Iran.

“ Laluan ke peringkat akhir agak sukar buat Aliff kerana beliau perlu menghadapi Bahrain di pusingan suku akhir dengan mata kemenangan 30-26 seterusnya berjumpa Filipina di separuh akhir dengan menang tipis 29-28 sebelum berjaya menempatkan diri ke peringkat akhir menentang Iran dengan kemenangan mata 30-26.

Sementara itu, Pingat Perak telah disumbangkan oleh atlet wanita kebangsaan yang merupakan pemegang pingat perak Temasya Sukan Asia Tenggara, Nur Amisha. Amisha menang mudah mengalahkan atlet negara Mauritius pada peringkat suku akhir dan bertemu Greece pada peringkat separuh akhir dengan kemenangan mata 30-27.

Persembahan yang mantap dan amat matang telah ditunjukkan oleh beliau semasa menentang Thailand di peringkat akhir bagi merebut Juara Dunia bagi Kategori Wanita U23 -51kg di mana Amisha kalah tipis dengan Thailand 28-29.

Manakala pingat Gangsa disumbangkan oleh atlet B kebangsaan, Mohamad Farith Ab Razak bagi kategori Senior Lelaki -48kg menentang Thailand.

Syabas dan tahniah juga kepada 3 orang atlet B kebangsaan iaitu Riedzwan Norsyahmie Daud, Mohd Khairul Aizat Samsool dan Damia Husna Azian walaupun gagal menyumbangkan pingat mereka tetap memberikan persembahan dan saingan yang sengit kepada lawan masing-masing untuk melayakkan diri ke separuh akhir.

Terima kasih diucapkan juga kepada Majlis Sukan Negara kerana sentiasa membantu dan menyokong atlet kebangsaan Sukan Muaythai sehingga dapat mencapai kejayaan di persada dunia katanya.

BBerkaitan

Latest articles