Pasukan K-League Guna Patung Seks Ganti Penonton Untuk Perlawanan Bola Sepak

Di kebanyakan negara liga bola sepak sudah kembali memulakan persaingan tetapi perlawanan diadakan dalam suasana berbeza iaitu bermain di dalam stadium kosong dan cara meraikan gol juga berbeza dengan tidak melibatkan pelukan atau sentuhan.

Suasana baru ini semuanya ada keadaan normal baharu disebabkan wabak Covid-19 yang menular dengan teruk di seluruh dunia.

Bagi, pertandingan K-League di Korea Selatan mereka ada idea yang sedikit berbeza untuk memberikan semangat kepada pemain daripada hanya melihat kerusi-kerusi dalam stadium yang tidak berpenghuni.

Di sana, pasukan FC Seoul meletakkan patung wanita bersaiz manusia di tempat duduk dalam stadium dengan memakai jersi seperti penonton biasa ketika perlawanan mereka menentang Gwangju FC.

BACA JUGA – Gol Jaringan Safawi Rashid Raih Undian Tertinggi Sebagai Gol Lencongan Terbaik

Dek kerana Covid-19, patung-patung itu turut dipakaikan dengan topeng penutup hidung dan mulut serta diletakkan dalam keadaan mengamalkan jarak sosial iaitu 2 meter di antara satu sama lain.

Difahamkan, patung-patung berkenaan adalah keluaran sebuah syarikat bernama Solos yang mengeluarkan patung-patung untuk hiburan orang dewasa iaitu patung untuk tujuan seksual.

Nampaknya, syarikat yang mengeluarkan patung kini mula ambil kesempatan untuk menaja produk mereka kepada pasukan di liga bola sepak untuk digunakan sebagai gantian kepada penonton biasa sebelum iaitu manusia sebenar.

Di Bundesliga di Jerman, para pasukan cuba bersuara dengan lebih kuat ketika bermain untuk menghilangkan kesunyian di dalam stadium. – TRI

BBerkaitan

Latest articles