Pasukan Jihad Tangani Inflasi digesa tangani isu kekurangan telur

PARLIMEN — Pasukan Jihad Tangani Inflasi digesa mencari penyelesaian bagi bagi menangani kekurangan telur yang berterusan.

Menurut Ahli Parlimen Bayan Lepas Sim Tze Tsin, yang merupakan bekas timbalan menteri pertanian, penternak ayam mengalami kerugian purata 3 sen bagi setiap telur.

Menurutnya, situasi itu menyebabkan petani mengurangkan pengeluaran untuk mengurangkan kerugian mereka.

Sekali gus, kata Sim, ia akan mengancam bekalan protein Malaysia.

“Saya menyeru menteri-menteri dalam Jawatankuasa Jihad Perangi Inflasi jangan asyik memikirkan pilihan raya. Mereka harus segera memanggil mesyuarat dan mencari penyelesaian kepada masalah kekurangan bekalan telur ini.

“Tiga puluh dua juta rakyat Malaysia yang makan telur setiap hari, sedang memperhatikan prestasi mereka (menteri),” kata Sim kepada pemberita di Parlimen hari ini, sambil memegang dua bekas telur kosong.

Putrajaya menaikkan harga siling telur pada 1 Julai memandangkan kenaikan kos makanan ayam.

Bagaimanapun, penternak ayam mengadu bahawa harga siling baru masih menyebabkan mereka beroperasi dengan kerugian.

Kumpulan berkepentingan yang mewakili ladang ternakan mendakwa bahawa ramai penternak ayam telah dipaksa keluar daripada perniagaan kerana harga siling itu.

Menurut Sim, tinjauannya sendiri mengenai bekalan menunjukkan bahawa bekalan telur susut sebanyak 60 peratus dan sering habis dijual sebelum waktu makan tengah hari.

BBerkaitan

Latest articles